Latar Belakang Kami
Sani Canopy Engineering ( 001204961-H ) |
Sani Canopy Engineering telah di daftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 30/07/1999. Syarikat ini adalah merupakan sebuah syarikat tempatan yang di miliki 100% oleh bumiputera. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah banyak berkecimpung secara aktif dalam industri hiburan terutamanya dalama perkhidmatan sewaan khemah, alat pembesar suara (PA Sistem), juruhebah (DJ), dan pengacara majlis (MC) untuk majlis-majlis rasmi serta keramaian peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Di bawah pengurusan yang dinamik, cekap dan berdaya maju, syarikat telah berjaya mendapatkan kontrak perkhidmatan daripada beberapa buah syarikat korporat, jabatan kerajaan dan badan berkanun serta rangkaian pasaraya terkemuka seluruh negara. Di samping itu juga, syrikat banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti keramaian rasmi dan tidak rasmi di seluruh negara sejak tahun 1992 lagi. Antara aktiviti terbabit ialah seperti majlis perasmian sesuatu program yang melibatkan tokoh terkenal negara ini, majlis-majlis perkahwinan termasuk yang melibatkan perkahwinan diraja, majlis jamuan para pemimpin politik dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment